Thursday 5 January 2012

Gerbil saya...

Salam..haluuu....hmmm dah brapa hari tak update blog nih...agak busy ckit dgn pelbagai urusan. hmmm...time ni lah nak jadi penternak..time nih lah nak prepare utk interview..dan time ni juga lah nak jadi wedding planner!..hahahah...


Ok, dlm edisi yang lepas, sy dah terangkan sikit-sikit pasal gerbil. Untuk kali ini, sy akan ceritakan pula mengenai gerbil peliharaan sy. 


Sy mula memelihara gerbil..buat sekian kalinya, sementelah study dan research kat internet mengenai gerbil ini pada tanggal 23 Dis 2012. masa tu, sy beli gerbil ni di CTY Aquarium, Penang. tempat tu bapak lah punya besaq...sampai tiga tingkat. keterujuaan sehinggakan setiap kali kunjungan ke pulau pinang, CTY Aquarium menjadi destinasi wajib kunjung. hahahah..sy boleh menghabiskan masa berjam-jam di situ..sgt pelik...hahah


Permulaan memelihara gerbil, sy membeli sepasang Mongolian Gerbil berwarna hitam...hmmm tak da pilihan..tinggal mereka berdua saja...nasib baik sepasang..


Untuk rumah, sy memilih aquarium plastk berkapasiti hampir 50 liter yang lebarnya hampir 2 kaki 1/2 mengikut ukuran akuarium kaca biasa. Rasionalnya sy memilih akuarium plastik ini kerana lebih ringan utk di ubah ke sana-sini. dan yang paling utama apabila dimasukkan bedding serbuk kayu..tak bersepah merata-rata..hahahah...a.k.a. malas nak kemas...ngeeee


sampai saja dirumah..sy terus set up rumah gerbil mengikut kreativiti dan panduan yg saya peroleh dr kajian dan pembacaan di internet. So, inilah hasilnya....




~ ketika ini sy menggunakan bedding hay atau rumput kayu bersama platlet serbuk kayu mampat... nampak tak gerbil sy yg warna hitam....hahahah..dh mcm tikus umah kan...


~ memandangkan kedua-duanya hitam..sy namakan yg jantan itu..MAMBA...bersempena nama sejenis ular yg berbisa di Afrika..black mamba..


~yang betinanya pula..sy namakan WIDY..bersempena nama labah2 hitam yg berbisa..black widow..hahah...


~hiduplah kedua-duanya dalam pelbagai pengubahsuaian rumah oleh sy..hehehehheeh








~leka + teruja tgk gerbils ini bermain2 dlm akuarium ini....keletahnya yang lincah..sgt2 seronok
~ok lah buat seketika...jumpa lagi pada edisi yg lain... Wassalam.

1 comment:

  1. sy dok cari natang gerbil ni dkt seremban mmg x ada jual,yg paling byk hamster adalah

    ReplyDelete